Mutiara Kata

Sunday, September 14, 2008

Petua Kecergasan Badan Dan Stamina

. Sunday, September 14, 2008


Badan yang sihat dan cergas sangat diperlukan supaya kita boleh melakukan aktiviti seharian dengan baik dan dapat bekerja serta berusaha dengan jaya. Akal fikiran pun menjadi cerdas serta melahirkan kreativiti yang bagus supaya bila bekerja lekas naik pangkat, berniaga dapat untung serta belajar dapat kecemerlangan. Nabi Muhammad s.a.w pernah mengatakan kepada para sahabat baginda, bahawa akal yang cerdas itu ada pada badan yang cergas dan sihat.

Tapi orang sekarang bila dah dapat penyakit barulah nak menjaga kesihatan. Bila dah kena kencing manis baru nak kurangkan gula. Bila dah dapat sakit jantung atau kanser barulah nak berhenti merokok. Semasa sihat semua sapu, bila sakit baru tahu harga sebuah kesihatan.

Disamping kita sentiasa bersenam untuk mengeluarkan peluh, bolehlah amalkan petua yang berikut:

  1. Sembahyanglah, nescaya anda cergas.
  2. Banyakkan makanan segar dan elakkan makanan yang telah lama dan berperam serta yang mengandungi bahan awet.
  3. Hanya makan nasi yang dimasak sekali sahaja. Maksudnya nasi yang dah sejuk kita panaskan semula tidak baik untuk kecergasan badan.
  4. Minum susu segar setiap hari.
  5. Minum sedikit madu setiap hari. Boleh juga amalkan minum madu 1 sudu sebanyak 3 kali sehari.
  6. Kurangkan gula putih dalam minuman, gantikan dengan gula kabung atau gula kelapa atau yang seumpamanya yang tidak melalui proses kimia, atau kurangkan minum air seperti teh, kopi dan sebagainya. Sebaliknya banyakkan minum air suam atau air kosong.
  7. Tidur awal dan bangun awal.
  8. Banyakkan menghirup udara segar. Pastikan bilik atau rumah yang kita diami memiliki sistem pengaliran udara yang baik.

Demikianlah antara amalan untuk menjaga kecergasan dan kesihatan badan. Juga supaya tahan stamina, tidak cepat lesu.

http://www.pasirmas.com

0 comments:

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com