Mutiara Kata

Thursday, April 30, 2009

Jika Kamu Menanam

. Thursday, April 30, 2009
0 comments


sekadar renungan buat yang terleka...


Apa yang kita tanam hari ini itulah yang akan kita tuai di kemudian hari. Sesungguhnya peraturan hidup mengikut logik dan sunnah alam. Kebiasaannya sikap dan kepercayaan akan membentuk perlakuan dan tindakan. Pastikan sikap yang anda pilih hari ini kerana..
'

Jika menanam kejujuran, kamu akan mendapat kepercayaan,
Jika menanam kebaikan, kamu akan mendapat persahabatan,
Jika menanam kemanusiaan, kamu akan mendapat penghormatan,
Jika menanam ketekunan kamu akan mendapat kemenangan,
Jika menanam pertimbangan kamu akan mendapat keharmonian,
Jika menanam kuat bekerja, kamu akan mendapat kejayaan,
Jika menanam kemaafan, kamu akan mendapat keakraban,
Jika menanam kesabaran, kamu akan mendapat kekuatan dalaman,
Jika menanam keimanan, kamu akan mendapat syurga,
Jika menanam penghinaan, kamu akan mendapat pembelotan,
Jika menanam kepentingan diri, kamu akan mendapat kesepian,
Jika menanam bangga diri, kamu akan mendapat kekecewaan,
Jika menanam kemalasan, kamu akan mendapat kebuntuan,
Jika menanam permusuhan, kamu akan mendapat pemencilan,
Jika menanam ketamakan, kamu akan mendapat kerugian,
Jika menanam fitnah, kamu akan mendapat musuh,
Jika menanam adu domba, kamu akan mendapat umpat cela,
Jika menanam kebimbangan, kamu akan mendapat kedutan di wajah,
Jika menanam dosa, kamu akan mendapat neraka,
Jika menanam derita, kamu akan mendapat gundah gulana,
Jika menanam bahagia, kamu akan mendapat ketenangan jiwa.

'
Firman Allah s.w.t Di dalam al-Quran sebagai renungan bersama:

“Barang siapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu. Barang siapa mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kejahatan itu.” (Surah Al-Zalzalah: ayat 7-8)

Klik disini untuk melanjutkan »»

Wednesday, April 29, 2009

Suami yang layak ditaati isteri

. Wednesday, April 29, 2009
0 comments


Oleh: Ahmad Baei Jaafar

Ada orang bertanya, mengapa Rasulullah tidak menyatakan secara jelas ciri-ciri lelaki yang seharusnya dipilih oleh bakal isteri. Hadis secara jelas hanya menyebut ciri-ciri wanita yang lazimnya dicari oleh lelaki iaitu yang beragama selain tiga lagi jika perlu.

Kalau lelaki diberi panduan untuk memilih wanita yang baik, mengapa tidak ada panduan untuk wanita bagi mencari suami. Kata mereka, kalau ada panduan sudah pasti isteri tidak tersalah memilih suami pada masa hadapan.

Memang secara jelasnya Rasulullah tidak sebut kerana lazimnya lelaki sahaja yang mencari wanita. Tetapi sebenar kalau wanita benar-benar hendak mencari bakal suami, mereka boleh ikut sepertimana Khadijah memilih suaminya, Rasulullah.


Pada peringkat awalnya Khadijah menghantar perisik untuk melihat peribadinya secara lebih dekat. Perisik yang adil sudah pasti akan membuat laporan yang betul mengenai apa yang dirisikkan itu. Hasilnya dia berjaya berkahwin Muhammad dan ternyata pilihan itu terbaik.

Antara ciri-ciri yang dapat dikesan pada diri Muhammad pada waktu itu ialah:

1. Jujur lalu tidak mengambil kesempatan
2. Amanah dengan tugas
3. Pemalu dengan wanita
4. Beragama lalu takut kepada Allah
5. Boleh menjadi pemimpin.

Percayalah jika suami mempunyai ciri-ciri ini, pasti disenangi oleh isteri, malah saling hormat menghormati sampai bila-bila masa sekalipun pada usia tua. Suami dalam keadaan itu tidak akan melakukan dosa baik sesama manusia apatah lagi dengan Allah SWT.

Walau bagaimanapun, suami yang mempunyai ciri di atas perlu juga mencari wanita yang beragama bagi membentuk rumah tangga yang damai bahagia. Gabungan inilah yang dikatakan serasi ataupun kufu.

Persoalan sekarang, wujudkah lelaki yang memiliki ciri-ciri di atas pada zaman ini? Bolehkah ditemui lelaki sebegini di tepi jalan, di kebun bunga, di pasar dan seumpamanya? Hanya wanita yang agamanya kurang akan bertemu jodoh di tempat-tempat berkenaan dan yang pastinya lelaki itu juga tidak menepati ciri-ciri di atas.

Inilah realiti yang berlaku pada hari ini, pasangan yang berkahwin dalam keadaan itu, bahagianya pada awalnya sahaja tetapi bermasalah pada pertengahan jalan. Malah beberapa kes yang ditemui, pasangan itu tidak pandai atau tidak mahu melakukan solat.

Jelas di sini, selain lelaki yang perlu mencari isteri yang beragama dan beriman selain kecantikan, berharta dan berketurunan baik, wanita juga perlu pandai memilih bakal suami berdasarkan ciri-ciri di atas. Untuk itu, pihak wanita juga perlu ada kumpulan perisik seperti yang dilakukan oleh Khadijah.

Apabila suami isteri sudah mengikut ciri-ciri di atas mereka perlu mengekalkan kedudukan itu sehingga ke akhir hayat. Selain itu suami isteri boleh mengekalkan kebahagiaan yang dicapai dengan berpandukan hadis berikut:

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila dia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya” (Hadis Riwayat Muslim).

Isteri yang baik menurut hadis di atas ialah dia mesti bersedia mempamerkan persembahan yang terbaik untuk suaminya sewaktu di dalam rumah. Maksudnya, apabila suami pulang rumah disambut oleh isteri dengan senyum mesra. Dia menyediakan air minuman kerana kemungkinan suami dahaga. Suami dalam keadaan itu akan senang hati walaupun mungkin terdapat masalah yang dihadapi sebelumnya. Masalah berat yang ditanggungnya dapat hilang apabila dilayan sedemikian rupa.

Selain itu isteri terus memberi ketaatan kepada suami dalam semua keadaan terutama apabila diminta oleh suami. Isteri itu juga tidak akan membantah kehendak suami selagi perkara yang disuruh itu tidak melanggar syariat.

Sungguhpun begitu, perkara yang penting dalam hal ini ialah isteri tidak membuatkan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Jadi, semua yang hendak dilakukan isteri, dia akan meminta restu dan pandangan suaminya terlebih dahulu.

Tiga perkara asas ini perlu dijaga oleh isteri dalam berhadapan dengan suami sama ada suami yang memenuhi ciri-ciri di atas atau tidak. Mungkin tidak timbul masalah bila berhadapan dengan suami yang baik, tetapi menjadi cabaran besar bila berhadapan dengan suami sebaliknya. Namun jika isteri dapat mendisiplinkan suaminya, itulah kejayaan yang besar buatnya.

Sebagai contoh, suami melarang isterinya solat atau menutup aurat, dia boleh membantah dengan cara baik. Dia tetap solat dan tetap menutup aurat dengan alasan perintah Allah. Lambat laun suami itu akan faham dan dia juga akan turut melakukan solat secara istiqamah selepas itu.

Jadi, bagi mereka yang baru berkahwin dicadangkan supaya mereka saling menyenaraikan apa yang disukai oleh suami dan isteri, juga apa yang tidak disukai kedua-duanya. Dengan cari ini mereka akan berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang tidak disukai pasangannya.


Klik disini untuk melanjutkan »»

Friday, April 24, 2009

ibu oh ibu

. Friday, April 24, 2009
1 comments



Assalamualaikum.....

Sejauh manakah anda menghargai ibu anda?Tepuk dada tanya selera...Sayangi Ibu Anda...

Ketika berusia 1 tahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun...,
ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : "Tak nak ! Taknak !"

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.cara mengucapkan
terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima
kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja..kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah..kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup
aurat..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.
Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah membayar yuran pengajian , menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama.kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata. "Itu bukan urusan ibu".

Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya.kita kata " saya tidak mahu jadi seperti ibu".

Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan.. "perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!"

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut. "ibu , tooooolongglah.."

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden..".

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung.. kita berkata "kami sibuk, tak ada masa nak datang"

Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

"sesungguhnya hidupku, matiku, amalanku, ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT"

wassalam

Syurga DiBawah Telapak Kaki Ibu...

Klik disini untuk melanjutkan »»

cinta oh cinta

.
1 comments

RASA cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini. Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya kehidupan ini? Dalam percintaan, tiada sempadan untuk menikmati perasaan itu. Baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan. Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta? Bagi yang tidak faham apa makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab segalanya.


# Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan tetapi derita di perasaan.

# Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

# Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

# Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada.

# Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

# Cinta bukan paksaan. Ia lahir daripada dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

# Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

# Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

# Apakah cinta itu? Cuba katakan... Tidak lain dan tidak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

# Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

# Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, pada saat kita sedang kehilangannya. Kadang kala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.

# Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala perasaan cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun, sukar membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

sumber : http://www.sweetalia.com

Klik disini untuk melanjutkan »»

Thursday, April 16, 2009

keluarga besar suatu rahmat

. Thursday, April 16, 2009
0 comments


salam aleik...


Rasulullah berbangga dengan umat yang ramai. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah yang bermaksud “Hendaklah kamu bernikah kahwin, hendaklah kamu berketurunan. Saya berbangga dengan pengikut yang ramai.”

tu sbg satu mukaddimah untuk entry kali nie.. keluarga aku boleh dikatakan sederhana besar sizenya 13 orng kesemuanya.. alhamdulillah syukur sgt dengan nikmat nie..mana tidaknya, balik umah jer, riuh rendah gelak ketawa adik2..tambah2 lagi kehadiran anak buah yg tersangat laa buas n nakal, barangkali mengikut perangai bapaknya... kat sini aku ingin berkongsi sedikit gambar2 keluarga aku...yang ada hanyalah keluarga disebelah mak, sbb ntahlah kebersamaan dengan keluarga disebelah mak lebih erat berbanding disebelah ayah.. nak diceritakan keluarga mak, majoritinya berkahwin awal,..paling lewat pun yg mak bagitau time umur
24 thn.. waa..nie buat jeles n tercabar nie..hehe..xde laa, jodoh pertemuan di tangan Allah... mak aku pun kahwin time umur 19 thn..ishkk, muda nya mak..hihi.. itulah satu kelebihan berkahwin awal, di mana si ayah n mak dpt membimbing anak2 mereka sehingga umur yg cukup untuk mereka berfikir yg mana baek maupun yg batil.. dengan kata mudah, si ayah n mak dpt meluangkn masa yg byk untuk mendidik anak2 mereka....


















Klik disini untuk melanjutkan »»

Sebuah kenangan…

.
0 comments

Hari ini berlalu dengan cepat, mana tidaknnya…seharian aku x buat ape2 kerja melainkan tidur, dan terus tidur… ya allah, ampunilah hambaMu ini…. Hari ini entah mengapa badan terasa sgt lah lemah, langsung xbermaya, xade kekuatan langsung..hatta, bangun untuk bersolat masih dalam keadaan sedar tidak sedar.. Ya Allah, lalainya hamba Mu dalam memperingatiMu.. badan terasa sgt sejuk, kepala pening yg membuat aku nekad untuk tidur slpas solat subuh…jam 6.45 a.m aku kembali ke katil untuk merehatkn diri dengan niat terjaganya aku nnti,segalanya bertambah baik… jam 10a.m aku terjaga dan malangnya, badan nie terus tidak bermaya,nak bangkit drp katil pun terlalu sukar rasanya… ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan.. aku tahu arini yang pasti aku xbuat sebarang kerja pun, dan mengisi ruang yang ada aku melihat gambar dulu2 mengingat sedikit kenangan-kenangan yang masih segar diingatan..terlalu banyak untuk diingatkan..







ketika masih kecik..aku yg berpaling muka..malu kot..hehehe





asal aku skema sgt time nie...hihi

Klik disini untuk melanjutkan »»
 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com