sumber:http://www.pasirmas.com
Langkah-langkah dibawah adalah khusus untuk mereka yang hendak mencapai impian sahaja. Bagi mereka yang tidak ada impian, bacalah dengan niat untuk menghebahkan kepada orang lain pula. Dengan menggunakan langkah-langkah di bawah, seorang pelajar sederhana yang tidak berdisiplin dan kerap ponteng sekolah seperti ku, akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke universiti dan turut sama menyandang gelaran “budak u” di kampung (sungguh indah kehidupan waktu itu).
Langkah Pertama
Tetapkan dalam pemikiran tentang apakah kejayaan yang ingin dicapai. Tidak cukup hanya berkata “aku ingin berjaya!” Tetapi mesti jelas dan tegas. Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan wang, tetapkan berapakah jumlah wang itu. Jika ingin mendapatkan pekerjaan, tetapkan apakah pekerjaan yang anda kehendaki. Setelah menetapkannya jangan pula mengubahnya. Yang penting imej tentang impian anda itu mesti jelas dalam minda.
Langkah Dua
Kemudian tetapkan pula apakah yang akan anda lakukan sebagai jalan mendapatkan impian tersebut. Jangan terlalu berharap kepada pemberian percuma, kerana banyak perkara di dunia ini mempunyai harga yang perlu dibayar untuk mendapatkannya.
Langkah Tiga
Bila??! Jika tidak tahu bila, boleh jadi impian anda tidak akan tercapai sampi bila-bila. Jika anda berada dalam situasi ini, hanya satu cara sahaja untuk menyelesaikannnya. Tetapkan sendiri bilakah tarikh impian itu menjadi realiti!!
Langkah Empat
Rancangkan! Susunlah suatu rancangan yang hebat. Kebanyakan kegagalan berlaku bukan kerana ketidakmampuan tetapi kerana gagal untuk merancang. Selepas merancang, lakukan dengan segera tanpa mengira anda bersedia atau tidak. Bila anda berusaha, lakukanlah dengan lebih daripada apa yang anda mampu! Hanya ini sahaja cara untuk anda melangkaui batasan kemampuan diri.
Langkah Lima
Tuliskan! Tuliskan apa yang menjadi impian anda itu. Tuliskan juga tarikh yang anda mahu ia menjelma menjadi kenyataan. Dalam tulisan anda itu jangan lupa masukkan sekali rancangan hebat yang telah anda susun. Tuliskan juga bagaimana anda melaksanakan usaha yang dirancang. Dengan Rajinkah? Bersungguh-sungguhkah? Berdisiplinkah? Atau mungkin anda ingin tulis “dengan kuasa Tuhan, aku akan terus lakukan segala yang kurancangkan ini walau apapun halangan yang datang, dan aku tidak akan berhenti sehinggalah impian ku terpai!”
Langkah Enam
Bacalah semua yang anda tulis itu secara bersuara dan dapat didengari oleh telinga anda sendiri. Bacalah dua kali sehari iaitu sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Boleh juga dibaca di waktu terluang. semakin kerap dibaca semakin baik. Bacalah sepenuh perasaan. Penuh semangat. Biar meresap kedalam jiwa dan menjadi salah satu perwatakan diri. Bayangkan seolah-olah anda sudahpun mendapat apa yang dicita-citakan itu. Hadirkan perasaannya sekarang. Rasakan debarannya. Rasakan kepuasannya. Hadirkan perasaan bersyukur atas kurniaan ini, dan jika waktu itu air mata anda menitis, itu tandanya semangat anda berkobar-kobar memenuhi segenap pemikiran. Dendangkan dalam minda anda lagu kemenangan. Maka anda sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melakukan usaha yang seterusnya untuk mencapai hajat anda, kerana anda pasti, dan anda yakin bahawa cita-cita yang diimpikan itu akan muncul!
Andrew Carnegie dan Thomas A. Edison mengatakan bahawa enam langkah ini bukan sahaja dapat meraih kejayaan, malahan juga boleh mengumpulkan wang dan mencapai apa sahaja matlamat dalam kehidupan ini.
0 comments:
Post a Comment