Mutiara Kata

Thursday, September 11, 2008

Mendoakan Orang Lain.....bagaimana kita??

. Thursday, September 11, 2008

Dalam sehari, berapa banyakkah kita berdoa? Berapa banyakkah pula kita mendoakan orang lain? Mungkin kita biasa mendoakan ibu bapa, adik beradik dan guru- guru kita. Namun pernah tak kita mendoakan orang lain?

Tentu kita biasa mendengar kata- kata yang berbunyi, semakin banyak kita memberi tanpa mengharapkan balasan, maka akan banyak juga yang kita terima dalam jumlah yang tak disangka-sangka.

Boleh jadi apa yang kita terima itu mungkin dalam bentuk ilmu, duit, pertolongan mahupun benda. Inilah Hukum Alam, dan hukum ini tak pernah silap.


Apa kata mulai hari ini, sama-sama kita latih diri kita mendoakan orang lain, sesiapa sahaja yang kita kenali. Tak kisah sama ada doa itu tentang kejayaannya, kesejahteraannya, keselamatannya atau kesihatannya. Lebih banyak kita mendoakan kejayaan orang lain, lebih banyak juga doa kejayaan yang kita dapat. Lakukannyalah dengan penuh keikhlasan.


Buat kawan-kawan semua, saya mendoakan semoga anda semua berjaya dalam setiap bidang yang anda ceburi dan dipermudahkan segala urusan. Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat anda semua.


Salam ceria dan kasih sayang :)

0 comments:

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com