Mutiara Kata

Sunday, September 21, 2008

Calon Ph.D & Sarjana perlu kuasai BI profesional

. Sunday, September 21, 2008

Pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana sememangnya memerlukan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi.

Pengajian peringkat tinggi tersebut bolehlah dibahagikan kepada empat tahap (level) penting yang mesti dihadapi dan tidak dapat dielakkan oleh setiap pelajar tersebut.

Perlu ditegaskan bahawa keempat-empat tahap ini adalah saling berkaitan dan asas utamanya ialah penguasaan bahasa Inggeris yang baik.

Tahap pertama ialah kajian dan penyelidikan; kedua penulisan; ketiga pembentangan dan keempat komunikasi. Penguasaan dan kemahiran bahasa Inggeris yang baik adalah penting dalam semua tahap tersebut.

Kelemahan

Kelemahan bahasa Inggeris adalah faktor utama kegagalan dalam pengajian pada peringkat tinggi ini.

Secara ringkasnya, tahap pertama adalah melibatkan kajian secara mendalam mengikut metodologi yang dipersetujui oleh penyelia (supervisor) dan fakulti yang berkenaan.

Metodologi itu mungkin berbeza mengikut bidang-bidang seperti sains, teknologi, ekonomi, perundangan, pengurusan, pengajian bahasa, agama atau sebagainya.

Kemahiran dalam memahami, menilai dan membuat comprehension, hypothesis, mengumpul fakta, teori, data, ujian, analisis, tafsiran dan hujah dalam bahasa Inggeris amatlah penting.

Tidak dinafikan setiap pelajar perlu belajar dan memiliki kemahiran kajian, analisis statistik dan penyelidikan tetapi yang paling penting mereka memiliki tatabahasa (vocabulary) yang luas, termasuklah tesaurus, terminalogi, professional jargons dan abbreviations.

Tahap kedua yakni penulisan memerlukan pelajar itu memiliki kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris. Kemahiran menulis ini boleh dipelajari tetapi adalah lebih baik sekiranya pelajar itu memiliki kemahiran ini sejak di bangku sekolah lagi.

Bagi pelajar yang minat dan mahir dalam penulisan bahasa Inggeris mereka tiada masalah malah lebih jelas, senang dan selesa menulis dan melontarkan buah fikiran mereka dalam tulisan bahasa Inggeris.

Pembentangan adalah tahap ketiga yang juga amat kritikal dan penting dalam menentukan berjaya atau gagalnya pelajar tersebut dalam pengajian peringkat tinggi ini.

Pembentangan mengenai kajian dan hasil kajian atau penemuan (findings), perakuan, cadangan dan kesimpulan (conclusion) adalah wajib.

Kritikan

Pembentang atau pelajar berkenaan perlu terbuka dalam menerima teguran, kritikan, cadangan dan mungkin penghinaan semasa pembentangan mereka. Ini adalah lumrah dalam proses pengajian dan pembelajaran peringkat tinggi.

Pembentangan itu akan dijalankan berterusan sama ada dalam bentuk sesi perbincangan kumpulan, persembahan, doctoral board presentations, seminar, persidangan dan yang paling genting dan kritikal sekali adalah peperiksaan lisan atau pembentangan terakhir yang dikenali sebagai viva.

Pada peringkat ini, keyakinan diri dan ilmu atau knowledge mengenai bidang kajian sangat penting.

Tetapi yang amat penting sekali adalah kemahiran bahasa Inggeris untuk pelajar tersebut memberi penjelasan dan berhujah dan mempertahankan tesis beliau dengan bijaksana dan meyakinkan bagi melayakkan penganugerahan ijazah Ph.D ataupun sarjana.

Tahap keempat adalah komunikasi dalam bahasa Inggeris sama ada dalam fraterniti akademia ataupun komuniti di mana pelajar itu tinggal.

Pelajar perlu berkomunikasi dengan pensyarah, profesor, penyelia dan rakan-rakan pelajar lain daripada pelbagai bangsa.

Pengajian di peringkat tertinggi ini biasanya akan mengambil masa yang panjang dan pelajar akan tinggal lama di perantauan.

Mereka perlu bersikap terbuka dengan memahami, menghormati budaya dan agama dan berkomunikasi serta bergaul dengan masyarakat di negara berkenaan.

Pelajar kita harus mengambil peluang ini untuk mengembang pengetahuan dan membina keyakinan diri serta kematangan fikiran mereka bukan sekadar bekerja keras untuk memiliki segulung ijazah sahaja.

0 comments:

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com