Mutiara Kata

Sunday, September 7, 2008

Bangun Sahur...huhu..

. Sunday, September 7, 2008

Sekarang jam 3.00 pagi..entah, diri ini terasa kosong dan tidak tahu apa yang harus dilakukan... sedangkan hati ini ketahui ini bulan barakah..bulan rahmat hinggakan segala amalan adalah ibadat kepada Allah...diri ini mengerti tetapi hati terasa berat..huhu.. bangun!! bangun!!!... jangan diturut nafsu malas itu...


bangun aku untuk bersahur ker???...alaa..terlalu awal nie.. disini aku ingin berkongsi sedikit information yang dapt drpd bacaan aku di internet nie..iaitu tips-tips mengurus waktu tika di bulan Ramadhan..,.



Bagaimana cara terbaik untuk menguruskan semasa Bulan Ramadhan ini. Di bawah ini, beberapa Tips yang boleh anda ikuti sepanjang bulan Ramadhan ini supaya anda dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.


1. Jangan tidur selepas sahur – Waktu yang paling sesuai untuk anda bersahur adalah sebelum masuknya waktu imsak. Selepas sahaja anda selesai bersahur, ambil masa untuk belajar semula. Jikalau anda tidur, anda akan mendapati badan anda keletihan sepanjang siang. Menurut kajian, jikalau anda tidur selepas subuh, badan anda akan terasa letih selepas jam 9.00 pagi. Ini akan menganggu konsentrasi pembelajaran anda di awal pagi. Tetapi, jikalau anda mengambil keputusan yang bijak, iaitu dengan tidak tidur selepas sahur. Anda akan mendapati badan anda akan segar sehingga lebih kurang jam 11.00mlm.


2. Dapatkan sedikit rehat pada waktu tengah hari – Dengan baring lebih kurang 20 minit. Sudah cukup bagi anda untuk mendapat kesegaran semula yang berpanjangan. Tetapi, pada awal Ramadhan ini, setkan waktu kat jamtangan anda supaya anda hanya tidur selama 20 minit sahaja. Kerana, mungkin kita akan terus tertidur sehingga petang hari.


3. Tidak minum, minuman yang mengandungi ais semasa berbuka – Seelok-eloknya, berbukalah dengan mengunakan air panas atau air suam. Jikalau anda ingin, minum, minuman yang mempunyai ais. Minumlah selepas melakukan solat tarawikh. Minum air sejuk pada waktu berbuka boleh menyebabkan anda letih dan lesu.


4. Tidak membuang masa - masa yang ada pada bulan Ramadhan adalah masa yang sangat berharga. Jikalau anda bazirkan masa anda dengan aktiviti atau perkara yang kurang/tidak berfaedah. Anda akan terlepas nikmat sebenar pada bulan Ramadhan.


5. Belajar dan berjuang dengan penuh kesungguhan di siang hari dan beribadat dengan penuh kesungguhan di malam hari. Justeru, dapat seimbangkan diri anda di dunia dan di akhirat.
Waktu Ramadhan, adalah waktu yang penuh dengan keberkatan. Jangan disia-siakan kedatangannya. Lakukan ibadat kepada Allah SWT.

0 comments:

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com